? ??????????????Call Me Hotness? ????? ?? ???Rating: 4.8 (6 Ratings)??0 Grabs Today. 707 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????I Will Never Let You Go? ????? ?? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??0 Grabs Today. 840 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Must BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, March 25, 2010

PRAKTIKUM oh praktikum...

SALAM...

Skrang sy sedang berpraktikum di SMK TARCISIAN CONVENT...
mcm2 pngalaman i dpt sepanjang praktikum ni..
de yg pahit de yg manis...
hanya Tuhan je yg tahu ape yg terbuku di hati ni..huhuhu...
tp xpe...redha jer....smoga aku dpt buat yg terbaik untuk praktikum ni...
aminnnn....

Friday, November 13, 2009

Asal usul wujudnyer bibi dibelakang lela...LELA BIBI..

SALAM...
hmmm..mesti ramai tertanya2..
nape de bibi kat blakang lela???
hehehe...
bkn mesti, memang sume tnya nape lela bibi???
hee...
mcm2 tanggapan org sal bibi ni..
de yg kate bibi 2 mesti nma singkatan bf lela kn..
ohhh..no!!
tidak sma skali..
heee...
BF on xdak lg...
heee..
hmm..de juga yg kate nma i sbnrnye bibi...
de gak yg bila call trus panggil lela bibi..
hehehe..lawak2..
sbb kat hp signiture i bibi..
mna x org ingt nma i bibi...
iya dak...
heheh....
actually...
bibi ni wujud dr cik niza kte..
(RAHMATTUN NIZA)
my housemate dr sem 1 till 7..
i ni mmg ske tnya die mcm2...
ske wat bising pon ye gak...
sian niza n my housemate kne layan i...
zaaaazzzz..
layannnnnnnnn...
ehh..menyimpang plak yer..
heheh..
kmbali ke cter asal...
hee..
satu ari 2 i tnya la kat die...
soalan die ni....
niza, pe nma pnuh adik niza yg nma aisyah tu??
mcm 2la kot bntuk soalan die...
lebih kurg la..
xingt...
hehe..
lma dh....
tp mknanya sma ja...
i btui2 ingt nma adk die aisyah ja
@ siti aisyah
@ nur aisyah
@ atau pe2 la..
ceehhh..
ske ati i jer nk ltak nma pe yer...
isyh2..xpatut2....
hhehe..
then die pon ckap..
nma adik aku 2 AISYAH BIBI...
waa...aku terpegun dgr nma 2...
xtau npe ske sgt...
hati berbunga2..
mcm jatuh cinta...
wakaka..
tp xjtuh cinta lg..
heee..
tergelincir pon x..
haha!!
i pon tyna niza nape de bibi kat blakang 2...
perlu ke??
cehh..
ske ati la kn ayah niza nk letak nma pe pon...
hehhe...
so niza pon mnjawab..
hmmm....
ayah aku yg kasi nma 2...
bibi 2 plak gelaran untuk SAIDATINA AISYAH...
so...
2 yg letak AISYAH BIBI...
tp i mmg respect la kat ayah niza...
nma ank2 die sume best2 blaka...
sume de mkna...
then ank2 die sume baik2 blaka..
mmg sesuai la ngan nma yg die bg...
yg aisyah ni pon comel gak...

oleh krana terlalu ske ngan gelaran bibi kat blakang 2..i pon tnya niza...

bley xletak LELA BIBI??

wakaka...
mmg cbuk jer nk tmbh bibi..
haha!!
sesuai x????
niza pon gelak...
hehehh..mcm 2 kot niza gelak..
ala2 itik2 tersepit....
wakaka!!
jgn mrah ye niza...
gurau ja..
=D
hmm..die kate letak ja la...
hehe..
i pon pe lg..
letak la bibi...
so mka dengan ini WUJUD lah
LELA BIBI
THE END...
FULLSTOP.......
=D

Tuesday, November 10, 2009

OKTOBER jer...

  1. Suka berbual..(mmg btui ..kalo dh stat borak xbley stop)
  2. Suka orang yang sayang padanya..(btui..)
  3. Suka ambil jln tengah...(btui gak..sgt xbgus..!!)
  4. Sangat menawan & sopan santun...(hmm..yg ni komen..org yg tgok i..biar la dieorg nk ckp pe pon)
  5. Kecantikan luar & dalam...(hmmyg ni xsure...org yg tgok i..)
  6. Tidak pandai berbohong & berpura-pura...(hmm..kdg2 perlu gak..bohong sunat..haha..pndai2 ja..ajaran sesat tolll..ehe..)
  7. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan..(mmg btui..kdg2 rse simpati i xbertempat..)
  8. Sentiasa berkawan...(yup..biasela..orgmulut bising ni kne sntiasa berkawan..kalo x kering la air liuq..xda org nk lyan borak..hahha!!!)
  9. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama...(hehhe..menangis sudah kemestian..but pas2 o smula kot...)
  10. Cepat marah...(hmm..kdg..angin satu badan..haha)
  11. Macam pentingkan diri sendiri...(mybee...)
  12. Tidak menolong orang kecuali diminta...(mybe..so kalo nk mintak tlong lela b tau ja..xyah malu..kalo x i x tlong..hehe)
  13. Suka melihat dari perspektifnya sendiri...(mybe..)
  14. Tidak suka terima pandangan orang lain..(mybe..kalo dirasakn pndangan itu x bley dtrima..)
  15. Emosi yang mudah terusik...YUP!!
  16. Suka berangan & pandai bercakap..(brangan??mybe,,,pndai ckap x pon..pndai bebel yer...haha)
  17. Emosi yang kelam kabut...(btuii..minah kelam kabut nih....)
  18. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)..(btui..kalo rse xsdap ati 2 msti de something..tringt plak rwah abah..de kaitan..huhu)
  19. Suka melancong, bidang sastera & seni. (melancong ngan seni 2 yer..but..sastera 2 xda kot..otak math yg brape nk math..wakaka!!)
  20. Pengasih, penyayang & lemah lembut..(btui..but yg lemah lmbut i xtaula..mcm x..depends on the person that judge me k)
  21. Romantik dalam percintaan. (haha..yg xtau lg..xpnah mngalami...oming soon..wakaka)
  22. Mudah terusik hati & cemburu...(bley dikatakn gak la..)
  23. Ambil berat tentang orang lain..(of course..)
  24. Suka kegiatan luar...(of course..xske dok umah..xske2,,ske jalan2...tp tgok mse la..)
  25. Seorang yang adil...(adil??mybe)
  26. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran...(haha!!xtaula..bergntung pd keadaan)
  27. Mudah patah semangat ..(50/50..kne buang nih,,,)
  28. tmbh 1 lg..i ni mmg nakal dr kecik...mk i slalu cter yg i ni mse kecik nakal tol..kakak2 pon ckap bnda yg sma..slalu kne rotann..hehe..xpe..rotan 2 lah yg mnjadikan i org berguna...INSYAALLAH...aminnn...

Cinta xsemestinya memiliki..

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…
Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanyaTakkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Nasihat unk kaum hawa

  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
    Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  8. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  9. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Dahi jendol..

Aku rse mcm dahi aku jEndul..hee..

Dahi JendolDahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting.

Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya.
Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Try bce cerita ni..

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut
Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”
Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.